MENGENAL LAILATUL QADAR

Kenali dulu Lailatul Qadar, Baru Kita dapat Menemukannya

TIDAK perlu mengejar “Lailatul Qadar”. Kalau dikejar tidak ketemu. Ditunggu saja. Sebab, Lailatul Qadar pasti keluar pada malam-malam ganjil. Kebiasaannya memang begitu. Lailatul Qadar tidak keluar sembarang malam. Hanya malam tertentu saja.

Tetapi, hampir semua malam orang-orang menunggu Lailatul Qadar, namun tak ada laporan kalau mereka sudah menemukannya. Pun tak ada suatu kepastian bagi diri mereka sendiri, bahwa mereka benar-benar menyaksikan Lailatul Qadar. Mengapa?

Karena mereka tidak mengenal apa dan siapa itu Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar itu malam keluarnya “malaikat dan ruh”, sosok cahaya Allah. Kalau kita mengenalnya, pasti kita dapat menghabiskan waktu bersamanya.

Pada masa awal keislaman Dia ada. Di setiap zaman ia juga senantiasa ada. Kenali dulu dia. Lalu tunggu kemunculannya, ditempat ia biasa keluar (turun).

“Apakah kalian sudah menemukan dan melihat Lailatul Qadar?”, tanya Sufimuda kepada sekitar 300 jamaah iktikaf ramadhan khawasul khawas di Dayahnya. Hampir semua murid serentak menjawab: “Sudah!!”.

Namun beberapa terlihat bingung. “Yang tidak paham, sulok lagi!”, kata Sufimuda sambil tersenyum.

One thought on “MENGENAL LAILATUL QADAR

  1. Kata “qadr” secara literal adalah bermaksud “kuasa” yang mempunyai definisi seperti kekuatan, keupayaan, ketahanan, tenaga, daya, kudrat, kesanggupan atau rela. Dan apabila Tuhan berfirman bahawa “sesungguhnya kami turunkannya pada malam yang berkuasa” sudah tentu Dia bermaksud “turunkannya” itu adalah kepada manusia yang telah bersiap-sedia atau rela menerimanya yakni yang telah berpuasa dari segi “haqiqah”

    42:52. Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus,

    Al quran dari segi perspektif tasawuf adalah diri Tuhan iaitu “roh” yang tersembunyi di dalam diri manusia

    15:29. Apabila Aku sudah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu bersujud kepadanya.

    42:52. Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu

    Dan kesedaran di atas ini akan muncul apabila diri manusia itu telah berpuasa secara “haqiqah”, dan penyingkapan itu terjadi di dalam batin manusia yang terisyarat dengan kata “laylat/malam” dan apabila Tuhan berfirman bahawa “sesungguhnya kami turunkannya pada malam yang berkuasa” ia mengisyaratkan kepada “jasad” manusia. Maksudnya di sini, manusia itulah “lailatul qadr” yang selama ini kita mencari yang sanggup menerima “Roh-Nya” kerana kata “qadr” itu bermaksud kuasa, keupayaan atau kesanggupan dan inilah yang dikatakan sebagai amanat Tuhan sehinggakan langit, bumi dan gunung ganang enggan memikulnya melainkan yang sanggup memikulnya adalah jasad manusia yang berisyarat dengan kata “malam” dan apabila dihembuskan Roh-Nya maka terang berderanglah diri manusia dengan cahaya fajar-Nya (roh).

    97:1. Sesungguhnya, Kami turunkannya pada malam yang berkuasa.

    59:21. Sekiranya Kami turunkan al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah daripada ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami buatkan untuk manusia supaya mereka fikirkan.

    33:72. Kami kemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh.

    42:52. Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus,

    97:2. Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?

    97:3. Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,

    97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka,dengan segala perintah,

    97:5. Sejahteralah ia, hingga terbit fajar.

    – Muhammad Alief Roslan.

Comments are closed.

Next Post

KALIAN JANGAN KECEWA YA?

Fri May 31 , 2019
Kalian […]

Kajian Lainnya